LANGKAH-LANGKAH SEBELUM MEMBUAT BIDAAN LELONG HARTANAH
1. Dapatkan dahulu Dokumen Pengisytiharaan Jualan (Proclamationof Sales) dan terma-terma Jualan(Condition of Sales).Baca dan fahamkan dengan teliti segala perkara berkaitan dengan baki tempoh pajakan sekiranya "Leasehold", kaveat persendirian, status bumiputra, tunggakan baki yang perlu dibayar. Luangkan masa bagi melihat hartanah tersebut untuk mengetahui adakah hartanah tersebut sesuai dengan citarasa anda ataupun tidak.
2. Sebelum membeli harta itu, buat carian hak milik secara rasmi atau tidak rasmi di pejabat tanah dan kemudian lawati harta itu serta pergi ke pejabat pemaju untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.
3. Setelah berpuas hati terhadap hartanah tersebut,Dapatkankhidmat nasihat dari kami( 019 - 2072274 )mengenai harga pasaran semasa bagi mengelakkan kerugian sewaktu bidaan dijalankan.
4. Sediakan Bank Draft untuk Deposit yang ditetapkan mengikut bank atau pelelong iaitu 5% atau 10% daripada Harga Rizab dan salinan kad pengenalan. Bawa pada hari lelongan tersebut.
5. Sewaktu bidaan cubaelakkan daripada terpengaruh dengan tawaran pembida-pembida yang bertarung sesama anda daripada segi emosi. sekiranya ianya terjadi anda akan menjadi manusia yang agak MALANG, ini adalah kerana anda boleh membeli hartanah itu mungkin lebih rendah daripada harga yang ditawarkan oleh pihak penjual melalui skill perundingan dan tawar menawar di luar sana tanpa menghadiri acara lelongan awam tersebut.
6. Kepada Anda yang baru kali pertama mengikuti acara lelongan cuba elakkan bercampur dengan “sindiket-sindiket” atau "ulat-ulat" bagi mengelakkan spekulasi terhadap hartanah yang anda ingin dapatkan itu.
7. Menggunakan ejen sebagai wakil anda. Selain menghadiri sendiri lelongan itu, anda boleh mendapatkan khidmat ejen hartanah yang boleh bertindak sebagai wakil anda untuk membuat bidaan.Pastikan ejen itu adalah daripada wakil syarikat ejen hartanah yang sah. Anda boleh menghubungi pelelong untuk mendapatkan kepastian mengenai ejen itu.
Selepas Berjaya
1. Selepas tiada lagi pembida yang membuat tawaran lebih tinggi, pelelong akan mengira sehingga tiga kali dan seterusnya mengetuk tukul menandakan lelongan ditutup serta mengumumkan pembida yang berjaya.
2. Pembida yang berjaya kemudian dikehendaki menandatangani borang penerimaan belian dan membayar baki deposit kepada pelelong.
3. Mendapatkan pinjaman. INI SANGAT PENTING. Perlu diingatkan tempoh 90 atau 120 hari adalah merupakan masa yang singkat, justeru itu dapatkan jururunding yang berpengalaman bagi membantu anda dalam soal pinjaman,peguam, tukar nama dan sebagainya, ini untuk mengelakkan deposit anda tidak akan dipulangkan(forfeited) jika anda terlewat.
***Kalau tak Berjaya: Bank Draf anda akan dipulangkan semula pada masa itu juga.Pergi semula ke Bank yang anda beli bank draf tadi untuk mendapatkan wang tunai(ditolak sediki kos daripada pihak bank lebih kurang Rm2.00).Kemudian bersedia untuk membeli hartanah lelongan pada masa akan datang.
p/s : Langkah di atas adalah panduan asas untuk membuat bidaan di lelongan awam. Ia sebenarnya tidak susah untuk dilakukan tetapi bagi mereka yang baru mula mencuba untuk membida, berhati-hati dan sebaiknya mendapatkan nasihat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang bidaan. Anda perlu mendapatkan terlebih dulu pandangan profesional.