Membeli Hartanah Dan Rumah Lelong, Mengapa Perlu Agen ?

Tuesday 25 October 2011

Assalamualaikum.
     Nampaknya sejak kebelakangan ini minat terhadap hartanah semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia. Ramai yang telah membuka mata terhadap sektor yang nilainya semakin meningkat tinggi. Kalau dulunya jual beli hartanah hanya di kalangan orang berada sahaja, tetapi sekarang masyarakat golongan pertengahan juga telah berjinak - jinak dengan sektor ini. Rumah lelong yang dulunya dipelopori satu kaum sahaja, kini menular dengan rancaknya kepada kaum lain.

    Namun begitu, dalam urusan menjual dan membeli hartanah, juga untuk mendapatkan rumah lelong, ramai yang ingin mencuba untuk menguruskannya sendiri. Mungkin untuk menjimatkan bayaran caj perkhidmatan, ramai yang merisikokan diri melakukannya tanpa tunjuk arah daripada orang yang lebih berpengalaman. Mereka mungkin telah dipengaruhi oleh orang tertentu yang mengatakan begitu senang untuk mendapatkan rumah lelong dan menjual rumah. Pergi saja daftar dan bida, angkat tangan, menang, sain dokumen, lantik peguam dan setelah itu segalanya akan peguam uruskan.

Realitinya bukan semudah itu. Rakan saya telah mencuba menjual sendiri rumahnya tanpa menggunakan agen. Beliau berjaya mendapatkan pembeli, telah dibayar 10% deposit, kunci telah diserah kepada pembeli dan pembeli juga telah lulus permohonan pinjaman rumahnya. Beliau melantik peguam yang beliau telah lama kenali, yang juga kawan sekolahnya. Namun, setelah dua tahun sehingga kini, urusan guaman tidak selesai. Rumah belum boleh bertukar tangan tetapi beliau terpaksa membayar bayaran bulanan rumah kepada bank. Beliau tidak dapat menyewakan rumah ini kerana kuncinya telah dipegang oleh pembeli. Pembeli pula terpaksa memohon kembali pinjaman perumahan beliau kerana tempohnya telah habis. Saya cadangkan kepada beliau untuk menukar peguam, tetapi menurut beliau untuk buka fail sahaja kena bayar RM 500, kalau tukar peguam, dia kena buka fail baru dan terpaksa membayar RM 500 kepada peguam yang lain pula.

Begitu juga dengan rumah lelong. Ramai yang beranggapan caj perkhidmatan yang dikenakan agen hanyalah untuk menemani mereka semasa membida. Bila telah berjaya, dokumen telah ditandatangani, semua akan diserahkan kepada peguam dan selesailah kerja agen. Bukan begitu sebenarnya. Bukan semua perkara peguam akan uruskan. Ada juga kerja agen kena selesaikan.Kalau setakat nak teman anda pergi bida, anda pun boleh pergi sendiri. Tugas agen sebenarnya bermula setelah anda berjaya memenangi rumah idaman anda. Setelah anda menang, anda ada masa 90 hari - 120 hari sahaja untuk selesaikan semua urusan mengenai rumah tersebut. Jika tidak, deposit anda akan hangus begitu sahaja. Disitulah peranan agen untuk memastikan semuanya dapat diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan. Jika owner lama tidak mahu keluar, tugas agen juga untuk menyelesaikannya.

Walau bagaimanapun, melantik agen bukanlah satu paksaan. Jika anda berani tanggung risiko kehilangan wang deposit yang nilainya lebih banyak daripada caj perkhidmatan, anda boleh cuba membuatnya sendiri. Satu nasihat saya, jika ada yang bermurah hati menunjuk ajar anda membeli rumah lelong secara percuma, pastikan dia ajar sampai habis. Jangan nanti bila ada sebarang masalah, beliau lepas tangan membiarkan anda kehilangan wang deposit anda. Apa yang saya katakan ini, bukanlah untuk menakutkan atau mengharapkan anda melantik agen, tetapi saya tidak mahu anda tersilap langkah kerana wang deposit bukan sedikit nilainya. Susah payah anda untuk mengumpulkannya.....

1 comments:

Unknown said...

Salam..sy baru beli rumah lelong mengguna kan ejen..harga lelong rm150k..last budget lelong is 160kAgent minta upah bid 1.2k..ok lah. Sy fikir tu fees dia..then tanpa beri tahu sy dia memberi 4k kpd ulat peminta..after dapat bid dgn harga 150k dia meminta sy 10k balance dari 160k yg dari last budget sy.. SoUrusan bank loan n lawyer sy yg setle kan..agent hanya bid sahaja..adakah itu proses dia atau sy kena tipu??sy still hold pembayaran kerana tiada bukti dia byr ulat dan 10k balance..minta nasihat

Pengunjung Setia

JOM SEMBANG...


ShoutMix chat widget

CARA MUDAH MEMBELI RUMAH LELONG

1) Selalulah layari mymudahlelong.blogspot.com untuk mengetahui rumah lelong terkini di Kuala Lumpur dan Selangor.

2 ) Jika ada rumah yang menepati citarasa, email ke mymudahlelong@gmail.com untuk mengetahui maklumat lanjut seperti keluasan, freehold/leasehold, berapa bilik dan sebagainya.

3) Lawati hartanah berkenaan untuk melihat keadaan rumah tersebut, seperti keadaan luaran rumah, sekeliling, jiran dan anggaran kos kerosakan yang perlu diperbaiki.

4) Kunjungi pihak bank untuk mengetahui kelayakan pinjaman perumahan anda. Pastikan anda benar - benar layak untuk membuat pinjaman.

5) Sms nama penuh, no. i/c dan alamat terkini ke 019-2072274 untuk pendaftaran membida rumah. Anda akan dimaklumkan lokasi, tarikh dan masa membida.

6) Sediakan bank draft 10% daripada reserve price atas nama bank yang melelong. Sediakan juga sesalinan kad pengenalan.

7) Tetapkan temujanji untuk berjumpa selewat - lewatnya sehari sebelum tarikh lelongan. Kita akan berbincang sama ada akan meneruskan atau membatalkan untuk membida.

8) Hadir ke tempat lelongan bersama agen anda sejam sebelum lelongan bermula.